Sunday, 4 November 2018

5 Cara Paling Malas Untuk Kekal Kurus dan Sihat



Kehidupan yang sihat menjadi impian setiap individu. Anda tidak perlu berbelanja mahal membeli alatan gim, membuat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma anda harus mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah. Tetapi terdapat juga cara paling malas untuk seseorang itu kekal kurus dan sihat. Apa kata kita baca di bawah ini.

 1. Senaman Berterusan





Anda haruslah memastikan badan anda sentiasa bergerak untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten. Bagi yang bekerja di pejabat, lakukan sedikit aktiviti seperti berjalan dan sebagainya untuk badan anda sentiasa bergerak.



 2. Tidur Awal




Anda tidak digalakan untuk berjaga sepanjang malalm setelah seharian bertungkus lumus dan berpenat lelah bekerja. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Selain itu, tidur tidak tentu boleh mendatangkan kemudaratan. Jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.



 3. Makanan Kesihatan





Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit. Sekiranya anda bukanlah pengemar makanan yang berkhasiat seperti sayur, kacang dan buah-buahan, anda dapat mengantikannya dengan makanan kesihatan atau supplement. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.



 4. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam



Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Andai mahukan badan yang sihat, kenapa perlu makan makanan yang memudaratkan. Tiada fungsi anda menelan ubat, jika amalan pemakanan anda tidak sihat. Dengan pengambilan makanan yang sihat, anda dapat menugurangkan risiko masalah kesihtan dan penyakit

 5. Jangan Tinggalkan Makan Pagi (Sarapan)






Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan yang tidak konsisten. Ini akan menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak dan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

Akan tetapi harus diingat, paling penting sekali adalah mengawal cara pemakanan anda. Memang agak sukar bagi seseorang makan dalam kuantiti yang sedikit dan mampu bertahan dari pengambilan makanan segerea seperti burger, kentang goreng dan sebagainya yang telah menjadi makanan kegemaran setiap lapisan masyarakat. Makanan yang tidak sihat ini boleh diambil tetapi harus la dalam kuantiti yang sedikit dan juga dikawal dengan sebaiknya.

1 comment:

  1. betul tu ni pon tips berguna jugak..
    https://petualangsingopah.blogspot.com/2018/11/tips-opah-3-lelaki-ini-berjaya-turunkan.html?fbclid=IwAR1-dOciQkG_8YmxVajR0LHR3ZS21MNm4jc1Z6rkUb0FmRaiSs1B8CZ9qfY

    ReplyDelete